Followers
Tuesday, 29 May 2012
GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
TUGASAN
:
ESEI: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI ICT DI DALAM BILIK
DARJAH. IMPLIKASI TERHADAP GURU PENDIDIKAN KHAS.
DISEDIAKAN UNTUK :
MEJAR MOHD JASMY ABD. RAHMAN
DISEDIAKAN
OLEH :
NURFARHANA BINTI ALIAS (A131444)
SITI ROHAYAH BINTI NGALIMI (A133041)
ANIS BALQIS BINTI ABDUL RAHIM (A133175)
NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI (A133397)
NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD (A133398)
ISI
KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Pendahuluan 02
2.0 Latar Belakang 03
3.0 Penyataan Masalah 04
4.0 Kaedah Kajian 04
5.0 Data Analisis 06
6.0 Dapatan Kajian 09
7.0 Perbincangan dan
Saranan 18
8.0 Kesimpulan 20
9.0 Rujukan 21
1.0 Pendahuluan
Peranan pendidikan
pada hari ini boleh dikatakan amat mencabar kerana adanya tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar
penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejajar dengan
perubahan era ICT. Perkembangan ICT ini menjanjikan potensi besar untuk
mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan
maklumat dan sebagainya. Menyedari kepentingan ICT ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan
penggunaan ICT dalam proses P&P di semua peringkat sekolah. Pendidikan khas
juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan ICT dalam proses P&P.
Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh guru dalam mendidik pelajar khas.
Ini kerana pendekatan penerimaan pembelajaran mereka berbeza dengan pelajar
tipikal.
Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana
dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep
dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global,
konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perkembangan
pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan
profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai
pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan
guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang
berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.
Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT
lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan
dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum
dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di
bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya
supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul
pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya
memerlukan prasarana yang bersesuaian.
2.0 Latar Belakang
Perkembangan
dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC)
telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara maju di
dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam
mentransformasikan masyarakat Malaysiakepada masyarakat bermaklumat (knowledge
based society). Kemajuan teknologi internetdan multimedia begitu menonjol dalam
sektor awam dan swasta.
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam
abad ke 21 dan perubahan kearah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru
kepada institusi pendidikan. Bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan
masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT
dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu.Teknologi maklumat dankomunikasi telah
mengubah cara hidup manusia untuk berkomunikasi, bekerja serta menjalankan
urusan perniagaan. Oleh sebab itu, cabaran ini membawa kepada implikasi yang
besar dalam P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana
telekomunikasi dansistem maklumat berasaskanmultimedia membenarkan pelajar
berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni.
Melalui intergrasi ICT beberapa perubahan dan
pendekatan proses P&P yang berlaku. Antaranya ialah
perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada
pengajaran berpusatkan pelajar dan ini bermakna pelajar menjadi fokus kepada
aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan
penemuan berdasarkan teori konstruktivisme. Pengenalan kepada ICT telah membawa
kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.Elemen yang penting dalam
mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan
implikasi berhubung dengan teknologi.Penggunaanteknologi mesti digabungjalin
bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasiICT untuk memberi nilai
tambah kepada aktiviti P&P.
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
perlu dilihat dari perspektif yanglebih luas iaitu menggunakan ICT secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses
dan keberkesanan dalam P&P (Pusat PerkembanganKurikulum, 2001). Matlamat
utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid
memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus danmemahami ICT.Namun
begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini.
3.0 Penyataan Masalah
Penyataan masalah bagi penulis adalah sesuatu
yang sangat penting kerana ia adalah penanda aras dan rangka yang akan kita
tuju selain menentukan samada kajian ini sudah mencapai segala yang ingin
dikaji. Antaranya:
i.
Apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi integrasi ICT dalam bilik darjah.
ii.
Implikasi integrasi ICT
terhadap guru pendidikan khas.
4.0 Kaedah Kajian
Kajian
ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dan juga pemerhatian.
Menurut Mohd Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena
yang sedang berlaku.
Temubual dan pemerhatian dilakukan untuk
melihat secara tepat dan secara langsung. Apakah pendapat bakal guru Pendidikan
Khas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi ICT dalam bilik darjah
dan apakah implikasi terhadap guru pendidikan khas. Soalan temubual merupakan
salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya digunakan bagi
mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong
analisis integrasi ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan
maklumat tambahan. Menerusi proses pemerhatian, penyelidik boleh
menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan proses temubual
(Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian semasa
latihan Mengajar dalam subjek Kurikulum dan pedagogi. Ini untuk melihat secara
lansung dan secara dekat teknik yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan
ICT semasa mengajar dalam bilik darjah.
Dalam kajian yang dilakukan ini,
penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan bakal guru-guru pelatih UKM
yang sedang menjalani latihan mengajar di sekolah menengah yang berdekatan.
Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual dan pemerhatian secara
individu dan terperinci, jadi hanya lima orang responden dipilih sebagai sampel
kajian ini. Sampel kajian adalah bakal guru-guru pelatih pendidikan khas.
Instrumen kajian adalah pemerhatian dan
soalan temubual. Pemerhatian merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan
untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakala temubual
pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan
terperinci (Mohd Najib, 1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk
mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan
kelemahan serta kekangan yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran.
5.0 Data Analisis
Berdasarkan soal selidik diatas yang berkaitan
dengan kefahaman tentang ICT semua responden menjawab ICT adalah yang berkaitan
dengan internet dan komputer. Dapat ditafsirkan bahawa semua responden
mempunyai pengetahuan tentang ICT. Untuk
analisis seterusnya ialah sumber-sumber ICT yang digunakan dalam P & P. Kelima-lima
respon bersetuju bahawa sumber utama yang digunakan oleh kebanyakan guru ialah
power point dan video. Berdasarkan jawapan yang diberi menunjukkan guru-guru
ini pernah menggunakan sumber terbabit sewaktu membuat latihan mengajar.
Menerusi analisis yang dikaji, keseluruhan responden
bersetuju bahawa penggunaan ICT mampu meningkatkan keberkesanan dalam P&P.
Hal ini seiring dengan dasar pendidikan yang menyarankan penerapan teknologi
ini sebagai medium pengajaran yang berkesan. ICT sebagai perantara dapat
memudahkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran, dimana ICT mampu
menarik perhatian pelajar, sekaligus mampu memudahkan penerangan dan pengekalan
ingatan jangka panjang.
ICT mempunyai kelebihan yang ketara terutamanya dari
segi kepelbagaian kaedah pengajaran mampu memberi impak yang baik terhadap
penerimaan pelajar. ICT bersifat global, mudah diakses bagi menarik perhatian
pelajar dan mewujudkan kumpulan pelajar yang saling berkomunikasi dan
kolaboratif. Di samping itu juga, ICT mampu meringankan bebanan guru dan
memudahkan kefahaman dan penerimaan pelajar dengan pembinaan perisian
diimplikasikan mampu menarik perhatian dan minat seterusnya mempengaruhi
motivasi penerimaan maklumat.
Menurut respondan A berkenaan kelemahan ICT,
responden A menyatakan penggunaan ICT tidak dapat menyelesaikan semua masalah
dalam P & P. contohnya dalam subjek Matematik, guru perlu menunjukkan
secara terperinci untuk melakukan operasi tambah dan tolak tanpa memerlukan
bantuan ICGT. Hal ini kerana pelajar lebih memahami apa yang diajar berbanding
apa yang terpampang dalam video atau power point yang ditunjukkan oleh guru.
Selain itu penggunaan ICT terhad jika terdapat peralatan ICT yang cukup sahaja.
Jika berlaku gangguan pada bekalan elektrik terputus ICT tetapi tidak boleh
digunakan.
Manakala responden B pula menyatakan bahawa
kelemahan ICT ialah tidak membantu dalam semua pembelajaran. Kepada pelajar
yang terlalu obsess terhadap penerapan ict berkemungkinan akan mengurangkan
rasa keyakinan diri.Bagi responden C, beliau berpendapat bahawa kelemahan ICT
adalah pengaksesan kepada peralatan computer, peralatan teknologi serta capaian
kepada rangkaian internet mungkin menjadi satu masalah kepada pelajar
terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar. Selain itu,
memerlukan infrastruktur yang mencukupi dilengkapi dengan peralatan komputer
dan ini memerlukan kos yang tinggi.
Menurut responden D pula,beliau memberitahu bahawa
kelemahan ict kerana perisiannya terlalu mahal dan rumit untuk pengajar yang
tiada pengalaman mengunakan alat ICT – perlu mengikut perkembangan teknologi
semasa. Menurut Responden E pula berkenaan kelemahan ICT adalah Guru juga akan
menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui
e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu
perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Selain itu Kaedah pengajaran
akan menjadi stereotaip sahaja. Kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan
dalam pembelajaran mereka.
Antara langkah yang dicadangkan oleh responden A
untuk mengatasi masalah kelemahan ICT yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah
dengan menyediakan juruteknik komputer agar computer yang rosak boleh terus
dibaiki dan memasang alatan yang berkaitan dengan penggunaan ICT. Manakala responden
B pula mencadangkan agar P&P tanpa ICT. Bagi responden C dan D pula,
kedua-dua responden ini mencadangkan agar prasarana ICT dinaiktarafkan.
Responden E pula mencadangkan agar guru-guru mengikuti kursus kemahiran ICT
secara berperingkat dan mendapat sokongan pentadbir, kementerian serta
sumber-sumber pakar dalam ICT. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru
perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk
mengurus kelas.
Untuk soalan berkaitan langkah meningkatkan penguasaan
sesuatu subjek melalui ICT, responden A bersetuju agar penggunaan ICT digunakan
bagi memudahkan pelajar untuk memahami subjek tersebut sekaligus akan
meningkatkan penguasaan mereka. Responden B memberikan contoh pengajaran subjek
matematik, iaitu menarik perhatian pelajar dengan menggunakan perisian
macromedia authorware 7.0. Bagi responden C pula, beliau berpendapat bahawa
dengan penggunaan ICT, maklumat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber dan
boleh memperolehi maklumat yang tepat. Seperti responden B, responden D turut
mencadangkan penggunaan perisian yang sesuai untuk pengajaran dalam sesuatu
subjek. Manakala responden E pula mencadangkan agar pembelajaran secara
tutorial dengan menggunakan perisian yang sesuai disimpan dalam CDROM, cakera
padat dan laman web sebagai bahan bantu mengajar.
Daripada soal selidik yang telah dijalankan kepada 5
orang responden, kesemua mereka menyatakan bahawa pelajar memberikan respon
positif terhadap penggunaan ICT di dalam kelas. Hal ini demikian kerana,
penggunaan ICT dilihat mampu menjadikan sesuatu topik atau mata pelajaran itu
menjadi lebih menarik. Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran sejarah guru
boleh menayangkan cerita-cerita yang terdapat dalam internet berkaitan sub
topik yang diajar pada hari itu. Selain itu, pelajar juga tidak mudah bosan
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Salah seorang responden
menyatakan bahawa pelajar teruja untuk meneruskan pembelajaran apabila guru
menggunakan kaedah baru atau luar dari kebiasaan pengajaran guru. Pemahaman
mereka juga meningkat terhadap sesuatu pelajaran terutamanya apabila kemudahan
ICT digunakan di dalam kelas.
Antara kemudahan ICT yang biasanya disediakan oleh
pihak sekolah adalah kemudahan internet, makmal komputer, LCD, projektor, dan
sebagainya. Seperti yang dapat kita lihat baru-baru ini, kerajaan telah
memperuntukkan sebuah laptop kepada setiap pelajar di setiap sekolah di seluruh
negara. Melaluinya, dapatlah disimpulkan
bahawa sekolah mahupun kerajaan sedar betapa pentingnya penggunaan ICT di dalam
sistem pendidikan kita pada hari ini.
Hal ini demikian kerana, pada zaman dunia tanpa sempadan ini teknologi
semakin berkembang dengan pesatnya dan untuk itu kita sebagai pendidik dan juga
pelajar juga seharusnya sentiasa mengikuti perkembangannya. Ia untuk memastikan
sistem pendidikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
negara-negara yang maju dalam sistem
pendidikan.
6.0 Dapatan Kajian
RESPONDEN
A
1.
Apakah
yang anda faham tentang ICT?
·
ICT adalah Internet, komputer,
teknologi dan sumber-sumber ICT yang selalu digunakan adalah Internet,
komputer, teknologi.
2.
Sumber-sumber
ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·
Youtube,
Power point, Microsoft words.
3.
Penggunaan
ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·
Penggunaan
ICT boleh meningkatkan lagi tumpuan pelajar sewaktu P&P berlangsung. Selain
itu, Guru mudah memberikan penerangan berserta contoh apabila menggunakan ICT.
Contohnya, untuk menunjukkan amali solat guru boleh menayangkan video berkaitan
dengan amali solat kerana melalui grafik pelajar terutamanya pendidikan khas
lebih memahami.
4.
Kelebihan
ICT?
·
Boleh
memberikan contoh-contoh yang menarik dan kreatif. Contohnya untuk menunjukkan
kitaran hidup rama-rama guru boleh mencari video tersebut dalam laman sesawang
dan menunjukkan kepada pelajar agar mereka lebih memahami apa yang ingin
diajar.
5.
Kelemahan
ICT?
·
Penggunaan
ICT tidak dapat menyelesaikan semua masalah dalam P & P. contohnya dalam
subjek Matematik, guru perlu menunjukkan secara terperinci untuk melakukan
operasi tambah dan tolak tanpa memerlukan bantuan ICGT. Hal ini kerana pelajar
lebih memahami apa yang diajar berbanding apa yang terpampang dalam video atau
power point yang ditunjukkan oleh guru. Selain itu penggunaan ICT terhad jika
terdapat peralatan ICT yang cukup sahaja. Jika berlaku gangguan pada bekalan
elektrik terputus ICT tetap tidak boleh digunakan.
6.
Masalah
menggunakan ICT?
·
Masalah
terbesar ialah kelengkapan yang tidak mencukupi dan masalah makmal komputer
yang tidak mempunyai computer yang cukup bagi semua pelajar dan banyak computer
yang rosak tetapi belum dibaiki. Ketiadaan juruteknik computer juga memberi
masalah yang besar guru-guru untuk memasang alatan seperti LCD Projektor.
7.
Cara
mengatasi ?
·
Setiap
sekolah perlu disediakan juruteknik komputer supaya jika ada komputer yang
rosak ianya boleh terus dibaiki dan untuk memasang alatan yang berkaitan dengan
penggunaan ICT.
8.
Bagaimana
penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·
Penguasaan
pelajar akan meningkat jika mereka dapat fokus kepada sesuatu subjek yang
diajar. Penggunaan ICT yang menarik serta bertepatan dengan subjek yang diajar
dapat memudahkan pelajar untuk memahami subjek tersebut sekaligus akan
meningkatkan penguasaan mereka.
9.
Respon
pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·
Lebih
tertarik untuk melihat kepada ABM yang disediakan oleh guru.
10. Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak
sekolah?
·
LCD
Projektor, Laptop, CD Room, makmal computer.
RESPONDEN
B
1.
Apakah
yang anda faham tentang ICT?
·
Bahan
yang melibatkan teknologi seperti internet.
2.
Sumber-sumber
ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·
Lcd,
power point, projector, ipad.
3.
Penggunaan
ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·
Ya.
Sebagai bakal guru, saya sendiri belajar menggunakan teknologi ketika di
sekolah. Ict memudahkan pengajaran kerana pembelajaran digunakan dengan
menggunakan kaedah maya dan tidak menggunakan tenaga yang lebih.
4.
Kelebihan
ICT?
·
Ict
dapat membantu guru meningkatkan kepelbagaian pegajaran. Dapat menarik minat
pelajar, memudahkan urusan guru mengajar,mengurangkan tenaga guru yang mengajar
konsep yang sama bagi kelas yang berbeza.
5.
Kelemahan
ICT?
·
Tidak
membantu dalam semua pembelajaran. Kepada pelajar yang terlalu opses terhadap
penerapan ict berkemungkinan akan mengurangkan rasa keyakinan diri.
6.
Masalah
menggunakan ICT?
·
Kekurangan
bahan dan saluran untuk mengalirkan penggunaan teknologi di sekolah, terdapat
sekolah yang mempunyai kemudahan yang tidak lengkap.
7.
Cara
mengatasi ?
·
Meneruskan
P&P tanpa ICT.
8.
Bagaimana
penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·
Bagi
subjek matematik, pelajar yang kurang berminat untuk mengira akan lebih terarah
kepada aplikasi lain sebagai menarik perhatian kepada nombor seperti kajian
yang telaha dijalankan menerusi perisian macromedia authorware 7.0. pelajar
dapat skor dalam ujian yang telah dijalankan bagi matapelajaran matematik.
9.
Respon
pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·
Pelajar
lebih berminat mempelajari sesuatu pengajarn yang baru terutamanay kaedah yang
menggunakan medium teknologi.
10. Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak
sekolah?
·
Wifi,
lcd, projector, kmputer, dan sebagainya.
RESPONDEN
C
1.
APakah
yang anda faham tentang ICT?
·
ICT adalah singkatan
daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan
Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah : penggunaan computer dan perisian
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
2.
Sumber-sumber
ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·
Power
point untuk menarik minat pelajar dari bosan. Selain itu video yang diambil
dari youtube untuk dijadikan contoh dan gambaran yang jelas untuk pelajar.
3.
Penggunaan
ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·
Setuju,
kerana pendidikan sekarang menyarankan proses P &P menggunakan kemudahan
ICT, kerana ia mempengaruhi tahap kemahiran pelajar memahami sesuatu subjek.
4.
Kelebihan
ICT?
·
Teknologi maklumat
adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan
menggunakan teknologi. Untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Digunakan
untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan
untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
5.
Kelemahan ICT?
·
Akses kepada peralatan
computer, peralatan teknologi serta capaian kepada rangkaian internet mungkin
menjadi satu masalah kepada pelajar terutamanya bagi mereka yang berada di
kawasan luar bandar.
·
Kadar kelajuan internet
yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat melihat semua paparan pada sebuah
web pelajaran seperti paparan grafik, imej, dan video clip. Ini menyukarkan
capaian kepada isi pelajaran yang disampaikan.
·
Memerlukan
infrastruktur yang mencukupi dilengkapi dengan peralatan computer dan ini
memerlukan kos yang tinggi.
6.
Masalah
menggunakan ICT?
·
Tidak
semua tempat mempunyai wireless, aksess tidak semua dapat terutama dikawasan
kampong yang masih belum dinaiktarafkan.
7.
Cara
mengatasi ?
·
Menaiktarafkan
kemudahan untuk mengakses internet, ini memudahkan penduduk kampong mengetahui
maklumat.
8.
Bagaimana
penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·
Denganpenggunaansesuatusubjek
yang dilakukandenganpenggunaan ICT dapat menyediakan dan menyampaikan maklumat
dengan lebih tepat iaitu dengan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber.
9.
Respon
pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·
Dapat menumpukan
perhatian kerana penggunaan ICT dan perisian yang bagus tidak membosankan.
10. Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak
sekolah?
·
Penyediaan makmal
komputer, bilik tayangan video dan juga LCD dalam kelas untuk pembentangan.
RESPONDEN
D
1.
APakah
yang anda faham tentang ICT?
·
Ict=
teknologi maklumat. kaedah atau cara yang digunakan
untuk menyebarkan, memcari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau
peristiwa.
2.
Sumber-sumber
ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·
Powerpoint,
youtube, video, movie yg berkaitan,
3.
PEnggunaan
ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·
Setuju,
kerana melalui ict pelajar fokuskan visualnya,menyebabkan pelajar tsebut boleh
mengingat dengan baik.
4.
Kelebihan
ICT?
·
Melalui ICT, dengan mudah
gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar.
|
|
·
Melalui ICT, dengan
mudah pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar.
|
|
·
Melalui ICT, pengajar
boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh
meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.
|
5.
Kelemahan
ICT?
·
Penyediaan mesin
boleh menjadi rumit
|
·
Terlalu mahal
|
·
Rumit untuk pengajar
yang tiada pengalaman mengunakan alat ICT – perlu mengikut perkembangan
teknologi semasa
|
6.
Masalah
menggunakan ICT?
·
Masa
terhad, masalah tempat
7.
Cara
mengatasi ?
·
Sekolah
perlu sediakan prasarana yg baik, gunakan ict untuk bahan pengajaran yang perlu
sahaja (focus pada point yg ingin dsampaikan)
8.
Bagaimana
penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·
Perisian
yg sesuai dgunakan untuk p&p
9.
Respon
pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·
Pelajar
suka- pembelajaran tidak membosankan.
10. Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak
sekolah?
·
Makmal
computer sekolah, wireless free di sekolah, pemberian laptop kpd pelajar.
RESPONDEN E
1. Apakah
yang anda faham tentang ICT?
·
ICT adalah merupakan
salah satu kemudahan kepada komunikasi dan teknologi. Ia mempunyai 1001
kebaikan kepada penggunanya dan tidak kurang juga memberi implikasi negatif.
Biasanya ICT akan dikaitkan dengan penggunaan komputer dan software-software
yang terdapat di dalam nya. Di samping itu, ICT adalah aplikasi-aplikasi yang
terdapat secara dalam talian.
2. Sumber-sumber
ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·
Antara sumber yang
selalu digunakan di dalam ICT adalah internet, laman-laman web atau portal
pendidikan dan software-software seperti adobe photoshop dan sebagainya. Selain
itu, penggunaan slide show semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Video
daripada youtube untuk dijadikan sebagai set induksi.
3. Penggunaan
ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·
Ya. Kerana pelajar
dilihat amat tertarik dengan pengajaran apabila terdapat ICT yang digunakan
sebagai perantara. Selain itu, ia juga memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran supaya berjalan lancar. Contohnya, apabila menggunakan video untuk
menerangkan sesuatu proses seperti cara membuat kek, lebih mudah difahami oleh
pelajar. Dan guru juga mudah untuk menerangkan dengan lebih jelas.
4. Kelebihan
ICT?
·
Murid boleh memberikan
tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yangautentik.
·
Guru boleh mengemuka
masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
·
Murid dapat meningkat
kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
·
Boleh melaksana
pembelajaran kolaboratif.
·
Tingkat penglibatan
murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifatglobal.
·
Boleh melibat pakar di
dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.
5. Kelemahan
ICT?
·
Guru juga akan menjadi
malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail
mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu
perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif.
·
Kaedah pengajaran akan
menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam
pembelajaran mereka.
·
Semua kanak-kanak akan
belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung
menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi
pembelajaran.
·
Jika komputer itu rosak
dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan
kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.
6. Masalah
menggunakan ICT?
·
Ict pada zaman kini
merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh
guru namun tidak semua guru dapat mengaplikasakanict dalam pengajaran mereka.
Guru tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer dan kebolehan penggunaan
komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang mencukupi maka
komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan menyebabkan
berlakunya pembaziran.
·
Mereka tidak tahu
mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan
komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan
aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala
jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat
bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh
menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka
tidak kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan
dapat belajar dengan berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan
kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada
guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian
murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka.
7. Cara
mengatasi ?
·
Guru-guru perlu
mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat
sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang
mendapat kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar
adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai
pedagogi untuk mengurus kelas.
·
Kay (1990) merumuskan
bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik
untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.Woodrow
(1991: 165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer
sebagai " a central in the evaluation of computer course and in the
development of computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek
sikap, segala perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling
besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber
manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organinasi besar
seperti kementerian pendidikan.
8. Bagaimana
penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·
Pembelajaran tutorial
ini merangkumi pembelajararanekspositoridimana
guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu
fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang
juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran
tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD
ROM, cakera keras atau laman web.
·
laman Web yang
berkaitan dengan mata pelajaran boleh digunakan sebagai bahan rujukan para
pelajar dan guru. Diantarapelbaagi kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan:
E–mail
(Mel Eletronik), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita,
File Transfer Protocal (FTP), Googel, E-group, E-book, E-journal, Facebook, E-learning,
dan Eksiklopedia bebas
9. Respon
pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·
Pelajar lebih seronok
semasa P&P sedang dijalankan.
·
Pelajar dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi pengajaran.
·
Terdpat pelajar yang
melibatkan diri secara aktif dalam sesi P&P sedang dijalankan.
·
Pelajar mampu memahami
dengan lebih mudah.
·
Pelajar mampu
melahirkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
10. Sumber
kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah?
·
Makmal ICT.
·
Kemudahan internet.
·
Telefon.
·
Projector dan slide .
·
Cd-learning.
·
Library access online
7.0 Perbincangan dan
Saranan
Faktor
mempengaruhi integrasi ICT
Faktor yang mempengaruhi integrasi ICT dalam bilik
darjah ialah pengetahuan dan kesedaran guru tentang kepentingan ICT sebagai
salah satu alat bantu mengajar yang berkesan. Pertambahan pengetahuan tentang
ICT menyebabkan guru semakin bersemangat untuk mengaplikasinya dalam bilik
darjah. Pengintegrasian ICT dalam bilik darjah jelas dapat dilihat melaui
penggunaan power point, video, dan laman sesawang sewaktu di dalam P&P.
Selain dapat memudah P&P, ICT juga membuka satu lagi ruang ilmu tanpa
sempadan. Pelajar hari ini tidak hanya menggunakan buku sebagai alat untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan. Laman sesawang menjadi salah satu medium bagi
pelajar untuk mendapatkan ilmu tambahan dan terkini melebihi apa yang diajar
oleh guru sewaktu di dalam kelas. Sudah jelas betapa pentingnya ICT dalam
bidang pendidikan masa kini.
Faktor dari perspektif positif, ICT sebagai alat aplikasi
apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran bukan sebagai
mekanisme penyaluran maklumat dalam P&P. Contohnya, penggunaan
perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam
menghasilkan karangan atau penggunaan perisian elektronik untuk mendapatkan
maklumat. Ini termasuklah perisian aplikasi khusus seperti editor grafik dan
Computer Aided Design (CAD) yang membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Walaubagaimanapun, guru kurang pengetahuan dalam mengaplikasikan ICT membawa
kesan negatif iaitu guru- guru yang menggunakan aplikasi ICT ini,bukan semua
mempunyai kemahiran berkaitan komputer untuk dijadikan sebagai alat bantu
mengajar mereka.Tetapi mereka hanya menumpukan terhadap subjek kursus
sahaja.Oleh hal demikian, pengetahuan
guru- guru yang berkaitan hal komputer amat lemah sekali dan kemungkinan
mereka berasa tidak yakin di dalam mengaplikasikan penggunaan ict dalam
P&P.
Implikasi
integrasi ICT
Pengintegrasian ICT dalam bilik
darjah memberikan banyak implikasi. Antaranya pelajar lebih memberikan
perhatian serta bersemangat untuk belajar. Melalui ICT,P&P di dalam kelas
menjadi lebih seronok dan memudahkan pelajar untuk memahami apa yang cuba di
ajar oleh guru. Contohnya dalam subjek Geografi, guru ingin menunjukkan pelajar
tentang pergerakkan plat tektonik dalam laut sehingga terjadinya tsunami, guru
hanya perlu menunjukkan video tentang pergerakkan plat tersebut yang boleh di
dapati dalam laman sosial Youtube. Guru tidak perlu bersusah payah memikirkan
cara lain untuk memastikan pelajar faham tentang tajuk tersebut. Selain itu,
pendedahan awal yang diberikan kepada pelajar tentang penggunaan ICT dalam
P&P dapat memberikan gambaran awal kepada para pelajar tentang gaya
pengajaran di peringkat Universiti yang 99% menggunakan ICT.
Impikasi ict dalam pembelajaran dan pengajaran adalah
untuk memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara
kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam
konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai
masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran
manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan
pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kem\\ahiran dan penguasaan
dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin
untuk memasuki alam pekerjaan.
Selain itu, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Melalui
penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih
terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet
sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia
pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam
aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
8.0 Kesimpulan
Strategi pengajaran antara faktor dalam
menentukan kecemerlangan pelajar pendidikan khas. Integrasi ICT dalam P&P
merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang
bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar, dan semua pihak.
Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT
serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan
pendedahan yang berterusan ke arah membudayakan penggunaan komputer, ia banyak memberi
kelebihan kepada pelajar pendidikan khas untuk bersaing dengan pelajar tipikal.
Ini adalah bertujuan mengelakkan pelajar pendidikan khas ketinggalan dalam
penggunaan ICT, memandangkan perkembangannya yang terlampau pesat. Selain itu, melalui penguasaan ICT di dalam
pengajaran dan pembelajaran,guru juga mampu menghasilkan kaedah pengajaran yang
berkesan dan berketrampilan ke atas sistem pendidikan. Pelajar yang kritis dan
kreatif serta analitikal juga dapat dihasilkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.
Permulaan
terhadap sesuatu pendekatan baru pasti akan menghadapi tempias di sebalik
kebaikan mahupun keburukan, begitulah juga menerusi sistem pendidikan yang
mengintegrasikan penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Kejayaan sesuatu
tindakan bermula dengan pemikiran yang merancang secara sistematik. Guru
memainkan peranan penting dalam membentuk perubahan kepada sistem pendidikan
Negara. Bukan itu sahaja, pihak-pihak lain juga perlu menggalas tanggungjawab
ke arah menggalakkan penggunaan ICT agar “kita mampu berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah” dengan Negara maju lain.
9.0
Rujukan
Baharom Mohamad. 2011. Teknologi komunikasi dan maklumat
dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. ATIKAN 1(1). [1 Mei 2012].
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Asas
Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan. Multimedia dalam Pendidikan. [1
Mei 2012].
Johari Bin Hasan & Siti Norazlina Binti Kamisan.
Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran (P&P) di kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar
Bandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor. Fakulti
Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. [1 Mei 2012].
Universiti Teknologi Malaysia. [1 Mei 2012].
Khairul Anuar bin Abdul Rahman & Norazrena binti
Abu Samah. 2011. Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar
Berkeperluan Khas. Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia. Jilid 1, Nombor 2, Jun. 1(2): 39-47. [8 April 2012].
Mohamad Hasril bin Amiruddin. 2009. Kemudahan, sikap
dan kemahiran teknologi maklumat (TMK) dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan
Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. [1 Mei 2012].
Musnaini. Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah. [1
Mei 2012].
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti
Kassim@Azizi. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di
kalangan guru-guru Pelatih UTM. [1 Mei 2012].
Robiah Sidin & Norsakinah Mohamad. 2007. ICT dalam
pendidikan : Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Pendidikan Jurnal Pendidikan 32: 139-152
139. [1 Mei 2012].
Rusmini ku Ahmad. Integrasi Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. [1 Mei 2012].
Miyata H & Ishigami M. 2007. Effect of Using
Digital Content Designed for PDA as a Teaching Aid in an Observational of
Planktons for Fieldworks on a Ship. Advanced
Technology for Learning. Jilid 4. Nombor 3. 146-153. [9 Mei 2012]
Subscribe to:
Posts (Atom)